Thursday 27 November 2014

Cubaan Pertama Assyifa


Selamat petang semua..Minggu ni asyik lambat bersiaran kan..hahahha..buat yang tertunggu-tunggu tu Nurul mintak maaf la ye..Terpaksa..

Hari ni Nurul nak share sikit pengalaman Nurul bersama-sama anak-anak..Nak tau tak?Kalau tak nak tau pun Nurul nak cerita jugak..
Assyifa 


Alkisahnya, semalam Nurul dan hubby nak test Assyifa tak pakaikan pampers untuk dia. Niatnya nak biarkan dia belajar tak pakai pampers jadi bolehla mummynya berjimat sikit.Lepas mandikan dia semalam pakaikan la seluar untuk dia tanpa pampers..Anak tu tak ada apa-apa..Relaks je duk main-main dengan adik dia, melompat-lompat bagai, tapi yang si mummy dan daddynya tak sampai 30 minit duk pesan kat anak tu nak kencing bagitau mummy.Bermula dengan mummy,pastu nampak anak tu aktif sikit daddynya pula bertanya..hahaha

Akhir sekali si anak tu pun bunyi macam ni.."Mummy,ipa nak pakai pampers la".Kami suami isteri ni tergelak la, mungkin sebab dia bosan mummy n daddynya asyik duk tanya aje kan.So pakaikan jela pampers kat dia semula.Kira dalam 2jam sahaja la cubaannya..Hahaha

Begitulah kisahnya..Kadang-kadang dari anak tu sendiri kita sebagai ibu bapa ni akan belajar untuk yakin bila buat sesuatu benda.Patutnya kami tak perlu nak kena tanya Assyifa banyak kali sebab benda yang macam tu la akan buat kita menidakkan kebolehan anak kita.

Ok itu sahaja pembelajaran semalam.Nantikan percubaan seterusnya dari Assyifa ye..

Berminat untuk mencuba produk Shaklee??Hubungi Nurul di :-
Call/SMS/Wapps : 017 370 4725
Email : snurulkamariah@gmail.com

COD sekitar Kuantan, Taman Impianku, Bukit Goh dan lain - lain





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...